THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, December 1, 2010

MADAH ILMU

Berfkir taraf tinggi itu.. ialah berfikir dipimpin olih jiwa.. hasil fikirannya bak mutiara.


Apa sahaja yang kita lihat didunia ini boleh mengajar kita.. dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah..

Tiga perkara yang orang tidak puas puas memburunya.. ahli ilmu dengan ilmu.. orang yang tamak dengan dunia dan lelaki dengan wanitanya.

Ilmu adalah panduan.. harta adalah alat.. kedua duanya adalah untuk menegak kebenaran.. bukan untuk cari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan.

Apabila ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak yang mulia.. ertinya ilmu dan amal itu tiada nilainya disisi Allah dan manusia.

Ilmu yang memberi menafaat adalah ibarat kawan yang cerdik lagi setia.. ia sentiasa mengingatkan dan memimpin kita kejalan yang menyelamatkan..tetapi sangat sukar kita nampak akan adanya.

Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya.. membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab sesiapa pun tidak mencurinya.. jikalau diberikan pada orang lain ia akan bertambah.. tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.

Air apabila tidak mengalir akan rosak dan busuk.. begitulah orang yang berilmu.. apabila tidak berjalan dan bermusafir ia akan jumud dan beku.

Sumber ilmu ialah mendengar.. melihat.. berfikir.. membaca dan dari hati..

Biar sedikit cakap banyak amalan.. biar sedikit berbincang tetapi membuahkan sepakatan.. biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.

Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa atau hati ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga ini melahirkan buah dalam kehidupan.

Alim lisan pandai bercakap tidak berbakti.. alim hati kurang bercakap banyak berbakti.. alim lisan dan hati bercakap dan beramal sama selari..

0 comments: