Friday, January 14, 2011
Friday, December 17, 2010
LIRIK LAGU KELUARGA BAHAGIA
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani
Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang
Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan
Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah
Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia
Posted by Sarah Syamimi at 6:39 PM 0 comments
Sunday, December 12, 2010
KISAH SEDIH
Posted by Sarah Syamimi at 6:17 PM 0 comments
Friday, December 10, 2010
Lirik sami yusuf – almuallim
We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
O Allah we?ve shamed ourselves
We?ve strayed from Al-Mu’allim,
Surely we?ve wronged ourselves
What will we say in front of him?
O Mu’allim…
Chorus
He was Muhammad salla Allahu ‘alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu ‘alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi’i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah?s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi’al ‘Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he?d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu’allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
O Mu’allim..
Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi’i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
‘Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru ‘Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled
Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi’i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah?s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi’al ‘Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)
Posted by Sarah Syamimi at 8:02 PM 0 comments
Baraka Allahu Lakuma Lyrics
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
بارك الله لكم ولنا
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma
Posted by Sarah Syamimi at 6:41 PM 0 comments
Friday, December 3, 2010
Thursday, December 2, 2010
DOA
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dielmbutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hatiMengikut aturannya, bacalah:
Baca surah Al-Fatihah
Kemudian Baca Ayat di Bawah (Surah al-Hasyr ayat 21-24):
Kemudian Baca ayat 1-5 Surah Taha
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"
Kemudian tiupkan ke air ...
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
* Niat nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri
Posted by Sarah Syamimi at 6:43 PM 0 comments
BUAT SAHABAT
Posted by Sarah Syamimi at 6:41 PM 0 comments
MADAH PERJUANGAN
Sesekali hidup ini tersepit antara dua pilihan namun ia diselesaikan dgn solat istikharah supaya pilihan yang dibuat itu ada berkatnya supaya ALLAH memberi petunjuk ke jalan kebenaran
suatu hari,
aku melalui sebuah kawasan,
jalannya lurus dan luas,
tampak menyenangkan,
tambah menyenangkan,
aku mempunyai teman,
ramai teman,
mereka yang menemaniku,
bersamaku dalam perjalanan ini,
kami terus berjalan,
hingga kami tiba di kawasan ini,
jalannya telah berpecah,
kami menemui banyak persimpangan,
persimpangan yang kami tidak tahu apa penghujungnya,
ketika itu kami mula berijtihad,
akhirnya kami berpecah,
mengikut haluan masing-masing,
dalam meneruskan jihad kami,
aku memilih jalan yang ku rasakan begitu indah,
ibaratnya aku telah memilih kenikmatan,
namun aku mulai merasa sunyi,
terasa jauh dari jalan yang suci,
hatiku ini bagaikan tempurung kosong,
yang sudah tiada gunanya,
aku mulai merasakan kesilapanku,
dan akhirnya aku terpaksa memulakan semula,
namun inilah hakikat perjuangan ini,
ada kalanya kita di atas,
ada kalanya kita terjatuh.
Posted by Sarah Syamimi at 6:40 PM 0 comments
Wednesday, December 1, 2010
DI SEBALIK TIRAI BESI
MELANGKAH masuk ke Penjara Kajang, Selangor mengundang perasaan yang bercampur baur.
Gerun melihat tembok besi di kelilingi pagar kawat serta kawalan ketat pengawal penjara meruntun rasa sayu dan simpati terhadap para banduan ini.
Buat seketika, timbul tanda tanya bagaimana nur Ilahi dapat masuk ke jiwa mereka yang dilabel `jahat', `kejam' dan `berbahaya' di mata masyarakat dan undang-undang negara.
Namun, kesempatan bertemu dengan saudara-saudara kita di penjara ini menjawab segala pertanyaan.
Hakikatnya, qada dan qadar dari Allah s.w.t. tidak dapat diubah oleh manusia akan tetapi hidayah Allah ini ada ketikanya diperoleh secara yang luar biasa.
Berasal dari Rantau, Negeri Sembilan, Tan (bukan nama sebenar), berbangsa Cina, 46, pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran yang menyediakan makanan halal.
Tan mengenali Islam melalui pergaulan sehariannya dengan rakan sekerja.
Lapan tahun dahulu, cerita Tan memulakan bi-
cara, beliau pernah bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang sedang memegang sebuah bungkusan yang dibalut dengan kain kuning.
``Kata lelaki itu, benda yang terkandung dalam kain tersebut akan menyelamatkan nyawa saya. Saya terkejut rupa-rupanya ia adalah senaskhah al-Quran.
Dibisikkan
``Selain itu juga, saya sering merasakan seperti dibisikkan kalimah-kalimah seperti Allah Maha Besar, kalimah Bismillah dan juga ucapan salam,'' katanya yang mengucap dua kalimah syahadah pada Julai 2004.
Tan mengakui beliau agak terlewat memeluk Islam. Namun, beliau yakin Allah lebih Maha Mengetahui dari segalanya.
Sungguhpun pengIslaman Tan tidak diketahui oleh adik-beradik yang lain, Tan mengakui lebih tenteram sejak bergelar Muslim.
``Bagi saya amalan zikir dapat membina kekuatan dalaman di samping ia mampu mendisiplinkan diri seseorang sekiranya ia diamalkan selalu,'' terang Tan yang berazam membuka gerai makan apabila dibebaskan kelak.
``Selain itu, saya juga ingin membuktikan bahawa Islam adalah milik semua dan bukannya milik sesuatu kaum sahaja. Di kalangan masyarakat saya berpendapat bahawa agama ini adalah milik orang Melayu oleh itu sesiapa yang memeluk Islam menjadi Melayu,'' katanya yang tidak melepaskan peluang menguasai Muqaddam sepanjang di penjara.
Sementara Shan (bukan nama sebenar), 29, sering tertanya-tanya, mengapa Tuhannya mempunyai wajah yang berbeza-beza. Persoalan ini bermain di fikirannya sejak kecil lagi.
Merasakan ia adalah sesuatu yang sukar diterima olehnya, Shan telah mengajukan persoalan tersebut kepada mendiang ayahnya.
``Sebaliknya, soalan yang serupa ditanyakan kepada saya oleh ayah. Jawapan saya pada ketika itu ialah
walaupun Tuhan tidak boleh dilihat tetapi ia wujud.
``Ayah kemudiannya berkata sekiranya itu yang saya percaya maka itulah yang saya perlu ikut,'' terang anak jati Kuala Lumpur yang berbangsa Singh ini.
Selain itu, amalan solat yang dilakukan secara berjemaah oleh para banduan secara tidak langsung, mempengaruhi pengIslaman beliau.
``Saya hairan bagaimana banduan yang berbeza warna kulit, bangsa boleh berkumpul, berdiri bersebelahan dan menunaikan solat bersama tanpa memikirkan perbezaan yang ada.
``Dan semua akan mengadap ke satu arah yang sama. Tidak seperti agama lain yang akan mengadap gambar atau patung di hadapan mereka setiap kali sembahyang,'' kata anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik ini.
Setelah bertanya kepada beberapa banduan yang beragama Islam, Shan akhirnya mengetahui mengenai kiblat, solat lima waktu dan apa sebenarnya agama Islam. Akhirnya, Shan memeluk Islam pada tahun 2001.
Akui anak muda ini lagi, kini beliau dapat merasakan perubahan dari segi dalaman seperti berjaya mengawal nafsu dan sifat panas barannya dengan lebih bijaksana berbanding sebelumnya.
``Selain dari itu, nilai kebersihan yang diamalkan dalam Islam berbeza dengan agama lain. Agama Islam mementingkan kebersihan dalaman dan luaran. Hal ini juga menarik minat saya,'' kata Shan yang bercita-cita
menyambung pelajaran agamanya di sebuah sekolah pondok sebagaimana yang disarankan oleh seorang ustaz di Penjara Kajang.
Jason (bukan nama sebenar), 22, berasal dari Ranau, Sabah. Perkenalannya dengan Islam bermula dalam lingkungan pergaulan dengan rakan-rakan Melayu ketika bekerja sebagai pelayan hotel di Kuala Lumpur.
Jason kerap pulang ke kampung halaman rakan-rakan dari Semenanjung setiap kali bercuti.
Sepanjang berada di rumah rakannya, dia melihat hubungan kekeluargaan di antara mereka sekeluarga begitu akrab. Ia sesuatu yang unik serta terkesan di hati kecilnya.
Menurut Jason lagi, cara anak bercakap dengan ibu bapa dan cara mereka menghormati orang yang lebih tua amat berbeza sekali dengan apa yang beliau amalkan selama ini.
``Setiap orang dipanggil menggunakan pangkat tertentu, cara orang Islam berpakaian sewaktu solat juga menarik minat saya kepada Islam,''cerita Jason yang memeluk Islam pada 6 Mei tahun lalu.
Seperti yang lain juga, Jason tidak pernah terlepas menghadiri kelas mengaji dan lain-lain aktiviti keagamaan Islam yang dianjurkan oleh penjara.
Mendamaikan
Bercerita mengenai Ramadan yang disambut buat pertama kali sebagai seorang Muslim di penjara, Jason berkata, pengalaman bersahur, berbuka puasa dan melaksanakan solat tarawih berjemaah begitu mendamaikan jiwa.
Walaupun suasana agak berbeza tetapi kemuliaan dan keberkatan bulan Ramadan ini tidak terletak pada tempatnya tetapi bagaimana penghayatannya.
Peristiwa memotong jari telunjuk tangan kirinya dengan tujuan untuk membayar nazar kepada Tuhan baginya bukanlah bentuk pengorbanan yang hebat yang pernah dilakukan dahulu.
Kini, Siva (bukan nama sebenar), 45, bukan setakat jari sanggup dikorbankan tetapi seluruh jiwa raga diserahkan keseluruhannya kepada Allah Yang Maha Esa.
``Percaya atau tidak, saya sudah menghafal Al-Fatihah dan surah tiga Qul sebelum saya memeluk Islam lagi.
``Saya selalu mengigau pada waktu malam terutamanya selepas mengambil keputusan meninggalkan agama asal. Atas saranan seorang teman yang beragama Islam, saya mula menghafal ayat di atas,'' katanya memulakan bicara.
Setelah masalah tidurnya pulih, Siva lebih tertarik dan timbul semacam perasaan untuk mendalami agama Islam.
``Dari situ, saya mula belajar sembahyang dengan rakan-rakan banduan Islam yang lain walaupun masih dalam agama asal.
``Namun cabaran seterusnya menyusul apabila teman sebangsa tidak begitu setuju dengan tindakan saya kerana saya belum lagi Islam.
``Akhirnya saya menerima nasihat daripada rakan banduan yang lain agar memeluk Islam iaitu pada Ogos 2004,'' cerita Siva bersyukur Islam menjadi pegangan akidahnya kini.
Menurut anak keempat dari enam beradik ini, beliau bertekad untuk mendalami ilmu agama selepas dibebaskan nanti.
``Tiada apa lagi yang saya minta kecuali Allah tidak membalikkan hati saya kepada kekufuran,'' katanya mengakhiri perbualan.
Posted by Sarah Syamimi at 6:46 PM 0 comments
RAHSIA NIKMATNYA HIDUP
Maka tugas kita dalam hal ini adalah untuk menyempurnakan ikhtiar, bukan menentukan hasil. Jangan pernah risau dengan janji Allah. Sesungguhnya yang berbahaya bagi diri kita adalah keburukan dari diri kita sendiri. Orang lain hanya menjadi jalan.
‘maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS Nuh : 10-12)
Posted by Sarah Syamimi at 6:34 PM 0 comments
KISAH LUQMAN AL-HAKIM DAN ANAKNYA
Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbandingan antara pandangan manusia dan pandangan Tuhan. Luqman dan anaknya membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai memandunya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keldai tersebut. Waktu manusia melihat keadaan tersebut, maka mereka berkata, "Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki." Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan anaknya di belakang. Tidak lama kemudian dilihat oleh manusia yang lain, mereka berkata, "Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? (Supaya keldai cepat mati)." Luqman pun turun dari keldai dan anaknya sajalah yang berada di atas keldai itu. Tidak lama kemudian manusia yang lain berkata pula, "Wah! Orang tua berjalan kaki dan puteranya memandu keldai." Mendengar itu anaknya turun dari keldai berjalan kaki beserta orang tuanya. Dilihat lagi oleh manusia, mereka yang melihatnya berkata, "Keldainya kosong tidak dikenderai, dan aneh! Kedua orang ini hanya berjalan kaki saja mengiringi keldai!" Dari kejadian ini Luqman secara langsung mengajar anaknya dengan kejadian yang terjadi sebagai pengalaman, bahawa demikianlah apabila kita memandang terhadap makhluk dan terpengaruh kerana makhluk. Hal yang demikian tak ada hasilnya dan tak ada faedahnya. Maksudnya, Luqman mengajarkan kepada anaknya bahawa hubungan yang menenteramkan jiwa dan menyenangkan hati ialah hubungan kita dengan Tuhan. Hanya semata-mata pandangan Allah dan bukan pandangan manusia. Meskipun lahiriah kita sendirian, tetapi pada hakikatnya kita berserta Tuhan. Inilah makna dari perkataan alim besar Muhammad bin Aslam radhiAllahu `anhu: "Apa peduliku antaraku dengan makhluk, adalah pada permulaan dalam sulbi orang tuaku, aku sendirian, kemudian aku berpindah ke dalam perut ibuku, aku sendirian, kemudian aku masuk ke dunia juga sendirian, kemudian rohku dicabut, juga sendirian, kemudian aku pun masuk dalam kuburku sendirian pula dan datanglah kepadaku Malaikat-malaikat Munkar dan Nakir menanyakan pertanyaan-pertanyaan kepadaku dalam keadaan aku sendirian pula. Kemudian amal baikku dan dosaku ditimbang dalam timbanganku, juga aku sendirian. Andainya jika aku dikirim ke syurga, aku sendirian, dan jika dikirim ke neraka aku pun sendirian pula. Maka apakah hubungan dengan manusia-manusia selianku?" "Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah." (Luqman: 33) Sekarang sudah jelas, bahawa lakukanlah apa yang kau putuskan dan semua itu mempunyai risiko, jangan terlalu takut dengan kritikan orang, sebab apapun yang anda putuskan tetap saja orang lain akan mengkritik bahkan anda diam pun akan dikritik, lakukanlah yang terbaik dengan risiko yang paling kecil. Cukuplah dengan pandangan Allah s.w.t atas kita. Pandangan Tuhanlah yang berfaedah . Penglihatan manusia atas kita, seperti menghormati kita, memuliakan kita, membesarkan kita dan lain-lain lagi. Cukupkan saja dengan pandangan hati, keyakinan hati bahawasanya Allah s.w.t melihat kita, memelihara kita dan menjaga kita. Apa gunanya mengharapkan amal bakti dan taat dengan balasan wang ringgit atau keselesaan hidup di dunia ini sedangkan diri berada dalam kemurkaan Allah. Dan tidaklah bererti ketinggian ilmu yang dimiliki di samping kedudukan yang mulia di sisi makhluk sekiranya diri berada dalam pandangan kemurkaan dari Allah. Pendek kata buatlah apa sahaja kebaikan dan ketaatan dan milikilah apa sahaja kesenangan dan keselesaan hidup, tetapi jika ianya tidak mendapat keredhaan dari Allah Taala atau mencari kemuliaan supaya dihormati orang, maka tidaklah berbaloi segala usaha dan pemilikan yang diterima. Dengan demikian fahamilah wahai diri Biarlah amal sedikit, atau ilmu yang sedikit asalkan Allah sentiasa meredhai hal diri kita, Biarlah tidak masyhur, hina dan keji pada pandangan manusia asalkan Allah meredhai kita; Biarlah hidup sederhana atau melarat dan terpenjara di dunia ini, asalkan hal diri kita sentiasa dalam keredhaan Allah. Cukuplah.....dan memadailah dengan keredhaan Allah itu kerana tidak ada apa lagi yang lebih baik selain daripada mendapat keredhaan Allah Dari Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam (boncengan), lalu baginda bersabda: "Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku." (Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi) Kandungan nasihat ini mengandungi dua pengajaran: Tidak ada orang yang dapat memberi manfaat dan mudarat tanpa izin Allah: Rasul sollallahu `alaihi wasallam menerangkan kepada Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu bahawa sekiranya sekalian umat atau makhluk berkumpulan dan bersatu untuk memberi manfaat kepadanya ataupun sebaliknya mereka bersatu dan berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadanya, namun semua itu tidak mungkin akan terjadi kecuali apa yang telah dituliskan untuknya di Luh Mahfudz sejak azali. Oleh sebab itu kita tidak seharusnya terlalu gembira atau berduka terhadap sesuatu yang dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita. Kerana kita yakin bahawa segala-galanya adalah di dalam ketentuan Allah. Kalau di dalam ketentuannya tidak ada keputusan untuk memberikan sesuatu kepadanya, nescaya dia pasti tidak akan dapat memperolehinya walaupun seluruh makhluk bersatu berusaha untuk menolongnya. Demikian sebaliknya kalau ditentukan bahawa ia akan mendapatkannya, walaupun seribu halangan, pasti ia akan memperolehinya juga. Allah berfirman: Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu. (Yunus: 107)
Posted by Sarah Syamimi at 6:32 PM 0 comments