Wanita solehah itu aurat dijaga, Keayuan wanita solehah itu, Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran , Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai , Salam perjuangan untuk sahabatku , “Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah”
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.
Wanita solehah.
Wednesday, December 1, 2010
WANITA SOLEHAH
Posted by Sarah Syamimi at 6:16 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment